jom follow :)

Sunday, August 21, 2011

malam lailatul Qadar



Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam.
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya:
Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu.
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil.
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya,
Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
Daripada Riwayat Mu’awiyah:
Maksudnya:
Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27.”
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. ”
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku.

ARTIKEL DARI : iluvislam.com

Saturday, August 6, 2011

RAMADHAN YANG MENJELANG


cepat rasanya masa berlalu kan . sedar tak sedar hari ini hari ke-7 umat islam berpuasa . alhamdulillah :)

terima kasih ya ALLAH :)

walaupun hari ke7 sudah kita berpuasa tapi masi tak terlambat kan untuk aku mngucapkan selamat berpuasa utk umat islam d dunia ini . 

moga d berkati ALLAH S.W.T amin ~ dan mari la kita ambil kesempatan d bulan yg mulia ini untuk berbuat amal kepadanya . insyaALLAH . 

kita berpuasa untuk mnguji diri kita sama ada tahan atau tidak daripada menahan lapar dan juga dahaga .

puasa itu wajib , tidak ada istilah malas or puasa buatkan kita gastrik , sbenarnya puasa adalah ubat untuk diri kita sendri . selain kita berusaha untuk mngubatnya . 

insyaALLAH kita akan jauh dari segala pnyakit . amin :)