jom follow :)

Tuesday, September 27, 2011

dyann dyana her name :)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T :) 
hye readers , hari ini entri saya nak crita skit pasal budak comei nih . huhuh sapo pulok budak comei ? nak tgk ?



ini dia rosdianah binti baklin :) juz call her dyan . umo 18 study at CICT .

cosmopoint international college of technology . uhuh pnjang beno :D

1st time kenal dia d fb , aku brtanyakan sesuatu kpd dia dia jwb suma soalan ku :) dyann budak yg baek, tak sombong, peramah . suka berkawan dengan org mcm ni :) tiap2 hari on9 tiap2 hari jugak kami chat berkenalan antara satu dengan yg lain . look ! dont ever blame FACEBOOK okay ! sometimes FB la yg mngeratkan silaturahim antra sesama insan yg using FB . tp kekadang diorang salah gunakan fb di mana fb ini tempat mereka mncari gaduh . the idiot person kankan :) 

berbalik pada crita c comei nih , u know wht ? betapa kciknya dunia kankan dia pon berkawan ngan kawan aku jugak . KEBESARAN ALLAH .! kami chat then sama2 mintak hp number . sometimes kami mesej jugak , but lately ni tak da :( baru jak tnya td dia bz ngan study . tkpa aku faham begitu la org study kan :) 
dyan kami tak pena jumpa pon . insyaALLAH ada rezeki rasa nak jumpa sgt ngan c adik nih . kalo d izinkan ALLAH . n honestly , aku dah anggap dyan ni mcm adk aku sendiri :) 

and nak tau ? dyan mula dah berjinak2 dengan dunia blogger . blog dia cantik tau sila la follow dia ya , kalo follow tu follow la dengan ikhlas ati , bukan sbb saya promote dekat cnie :) ini blog dyan blog dyan yg cumil
klik je , tak byr ponn . hihi :) okay la ini shj entri pasal dyan . if ALLAH will kita jumpa lg the next entry :) 

Wednesday, September 21, 2011

save for GAZA !

bila ckp pasal GAZA ya ALLAH ! rasa nak nangis . kesian , kesian tengok budak2 yg tiada salah tp d perlakukan sebegini . jadi mangsa peperangan . "ya allah selamatkan lah hamba2 mu yg tidak berdosa itu "
amin ya rabbal al'amin ! ratusan ribu rakyat palestin di ambang kebuluran , manakala kanak-kanak , wanita , orang-orang tua , pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di GAZA .
situasi ini berlaku di sebabkan konspirasi jahat YAHUDI ZIONIS !! mereka kejam . orang yg tidak berdosa mnjadi mangsa mereka . d bunuh , d bom , d bakar ! KEJAM . kita sebagai umat islam harus mendoakan mereka , smoga roh mereka yg sudah pergi d cucuri rahmat , dan aman . 


kepungan ini sudah mnjangkau 2 TAHUN . begitu lamanya mereka hidup menderita , dan sentiasa bersembunyi ,
apalagi utk kluar mncari makanan . mereka sangat takut :'( Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza.


sedih tengok anak-anak kecil yg mnjadi mangsa kekejaman yahudi zionis . "wahai umat-umat islam ! berdoalah kita selagi tangan masi mampu menadah kepadaNya , selagi kita masi mampu mendoakan keselamatan keluarga kita di sana , moga ALLAH melindungi saudara islam kita di sana" AMIN .

Saturday, September 17, 2011

rahsia jiwa wanita yg tercelah .

assalamualaikum blogger :) 

ramai yg tertanya2 , apa itu rahsia jiwa wanita ?

TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.
TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.
TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.
TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.
TABIAT ANJING
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.
TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.
TABIAT KHINZIR
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.
TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.
TABIAT KALA
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.
TABIAT KAMBING
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.


Monday, September 5, 2011

ada hikmah di sebalik semua ini

hye , assalammualaikum readers :)

today i wanna share bout "ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA INI"

perempuan yg baik hnya untuk lelaki yg baik , lelaki yg baik hanya utk prempuan yg baik dan sebaliknya prempuan yg jahat hanaya utk lelaki yg jahat dan lelaki yg jahat hnaya utk perempuan yg jahat .

dan redha la bhawa dia bukan jodoh mu .

aku harus terima semua ni dgn ikhlas dan dari kejadian yg menimpa aku ini aku sedar bhawa ALLAH yg menentukan semua ini . kita hnya mmpu merancang .




Saturday, September 3, 2011

ALLAH ! kenapa aku dalam neraka ?


Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.


(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”

Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.


Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”





Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau lara
ngi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

sumber : iluvislam.com