jom follow :)

Tuesday, December 20, 2011

Jika Aku Jatuh Hati Ya Allah.


Ya Allah, jika aku jatuh cinta Ya Allah cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu..
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu..
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah, Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu..
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

AMIN YA RABBAL AL'AMIN..

p/s : semoga kita berjaya dunia & akhirat berjaya mengharungi dugaan yang menguji kekuatan iman kita..kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...semoga dipimpin jalan olehNya hingga keakhir hayat...amin..

semaikan Islam di hati,
tanamkan iman nan suci,
bajai takwa setiap hari,
berbualah bahagia hakiki.

"ISLAM ITU INDAH, INDAHKANLAH HIDUPMU DENGAN-NYA"


kesibukan melanda :)

Assalamualaikum ;)

Hye readers ! :) suda lama tidak update blog yg tidak menawan ini hhehe .. minta maaf ada sbbnya knapa tidak update , rasanya suda sbulan or dua bulan kan ? :) actually , lately ni trlalu bz . byk bnda yg perlu d buat hihi , so ksempatan utk mnaip tidak ada . InsyaALLAH kalo dah stabil smua sy akn kmbali lg utk mnyerikan lg blog sy ini . :) 


p/s JAGA DIRI HIASI PERIBADI :)

i Love Allah ;)




hasil kebosanan saya ;)

Thursday, December 1, 2011

keberkatan & kelebihan HARI JUMAAT .

 Begitu besarnya hikmah hari jumaat atau dalam bahasa arab "jumu'ah", bermakna "berkumpul". Berkumpul yg dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' bersama-sama jemaah lain tanpa mengira kulit atau pangkat, kaya, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari jumaat dikatakan hari untuk umat islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat daripada ALLAH S.W.T .

PENGULU SEGALA HARI

Banyak hadis menerangkan kelebihan jumaat misalnya, hadis Rasulullah S.A.W yg diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud : "Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)." Katanya Rasulullah S.A.W bersabda: kita (umat muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili ) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (jumaat) adalah untuk kita. Besok (sabtu) untuk kaum yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum Nasrani.

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari jumaat berlakunya lima perisitiwa yang penting, iaitu :-
1) Allah ciptakan Adam.
2) Allah turunkan Nabi Adam kebumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (riwayat hadis muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "hari yang dijanjikan adalah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah, dan hari yang menyaksikan adalah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari jumaat." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

KELEBIHAN SOLAT JUMAAT 

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan keatas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: "sesiapa hadir solat jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. sesiapa hadir solat jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam . Dan sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur."

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

MALAIKAT TURUN KE BUMI

Setiap hari jumaat Allah S.W.T mengutuskan malaikat ke muka bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutuskan malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk ke masjid dan mendirikan solat Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: "wahai tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat."

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"wahai Malaikat-Ku, demi Kemuliaan dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikitpun."