jom follow :)

Sunday, July 15, 2012

Oh Puasa!

Assalamualaikum :) hye! seperti yg kita tahu kurang seminggu lagi kita akan menyambut Bulan yg mulia, iaitu Bulan Ramadhan. Oh! sgt2 tidak sabar untuk berpuasa :)) seperti tahun lalu, sanggup berjaga malam semata2 untuk bangun sahur awl. owyeah!! hihi smangat bagai nak RAK tau..

JADI,di sini dengan ikhlas hati ini saya nak minta maaf banyak2 kalo la ada terkasar bahasa, tersilap, buat kamu tecik ati :& berapa byk TER lahh kan :') MINTA MAAF SANGAT2.  

KOSONG OH ! :)

Jom kita eratkan lg silaturahim sesama islam. daa ~

Niat Solat Tarawih & Cara Melakukan Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan.



Waktu solat terawih dilakukan selepas menunaikan Solat Fardhu Isya' sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan 2 Rakaat, pada tiap-tiap 1 kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

1. Niat Solat Terawih


2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

* setelah selesai melakukan Solat Fardhu Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.







F. Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir Solat Tarawih



G. Solat Sunat Witir

*setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan Solat Witir, Bilal akan menyeru :


*disambut Jama'ah dengan Lafaz ;


Cara melaksanakan 2 Rakaat pertama

* Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama : 


Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan : 

    Bacaan selepas Al-Fatihah :
  • Rakaat pertama : Surah Al-A'laa
  • Rakaat kedua : Surah Al-kafirun
Selawat Selingan

*sesudah salam, Bilal membacakan Selawat 


Jama'ah menyambut dengan ucapan : 


Cara melaksanakan 1 Rakaaat terakhir :

* Jama'ah terus berdiri & mengerjakan 1 lg rakaat Witir. Lafaz niat pada 1 rakaat terakhir 


Pada Rakaat terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut : 
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Berdoa Qunut

* Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.


Berdoa

* selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan Tasbih sebelum berdoa : 


* boleh dibaca Doa-doa berikut : 


Peringatan :

* Lafaz niat diatas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan. Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.

* Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

* Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat Tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi Ibadat pada Bulan yg Mulia ini.

Hukum megerjakan Solat Sunat Tarawih adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) tidak mengira lelaki atau perempuan. Sembahyang Tarawih lebih afdal dikerjakan secara Berjemaah di Masjid, sebagaimana yg telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.


sumber : shafiqolbu.wordpress.com


Assalamualaikum =)

Tuesday, July 10, 2012

Jauh Di Mata, Dekat Di Hati.

Assalamualaikum :)) sudah lama tidak update blog ini. Rasa trbiar pulak.

oke, entri kali ini mngisahkan tentang perasaan . cheh :D si dia skg ada d sndakan, maklumlah cuti sminggu so trjumpalah dgn dia tau ka apa aku rasa? perasaan yg sgt2 lah segan. huahua! segan ok. Dulu sbelum dia study kami sllu jmpa, dia sllu dtg umah tp jgn pkir bukan2.Dia dtg umah kami dating depan parents tau. hahaha ko ada? jokes~ biasalahh dia lawat parents aku. hari2 mlawat :D tp bila terbiasa berjauhan mcm ni la ceritanya segan bila brjumpa, tgk muka pun malu. hakhak! 



gmbr ni masa sukan kesumat MTQQNS 2012. Aku amik dr pendrivenya hewhew :D
oke lahh, biar jauh di mata tp dekat di hati kan :')

NOTE : kalo jodoh takkan kemana .

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Sya'ban.



Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433- ツ.

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja. 

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik. 
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api). 
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan. 
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa. 
✖ 5. Orang yang ketagih arak. 
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal ツ.

copyright: ILUVISLAM.