jom follow :)

Thursday, August 22, 2013

Kelebihan Mengamalkan Bacaan Al Ma'thurat

Bismillah. Assalamu'alaikum wbt.

Rasanya, ramai yang tahu, ataupun pernah mendengar perkataan al ma'thurat, kan? Al ma'thurat adalah kumpulan ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir serta doa-doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia disusun oleh as syahid Imam Hasan al Banna. Semoga Allah membalas dengan kebaikan usaha beliau yang telah memberi banyak manfa'at ini, amin ya Allah.


Al ma'thurat ada dua jenis, iaitu kubra (besar) dan sughra (kecil). Bacaan al ma'thurat kubra adalah lebih panjang dan lebih banyak berbanding dengan yang sughra. Selalunya, kebanyakan orang hanya membaca yang sughra. Namun, jika ada masa yang lebih, mungkin boleh membaca yang kubra. Al ma'thurat dibaca pada waktu pagi (selepas waktu subuh) dan juga pada waktu petang (selepas waktu asar).

Sebenarnya, setiap bacaan yang terkandung di dalam al ma'thurat mempunyai kelebihan tersendiri. Sebelum ini, saya sendiripun tidak mengetahuinya, sehinggalah saya menerima sebuah al ma'thurat yang didatangkan secara percuma bersama dengan sebuah kitab yang saya beli. Di dalamnya, ada dinyatakan kelebihan mengamalkan bacaan-bacaan di dalam al ma'thurat tersebut.

Sebagai contoh, saya ambil sebuah zikir ini;


يَا رَبِى لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلالَ وَجْهِكَ وَاَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Wahai Tuhanku, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu.


Kelebihannya: Dari Abdullah bin Umar RA, bahawasanya Rasulullah SAW bercerita tentang seorang hamba Allah yang mengatakan. "Ya Rabbi lakal hamdu...." Maka malaikat merasa berat dan tidak tahu bagaimana harus mencatat (pahalanya). Kemudian keduanya naik ke langit seraya berkata, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya hambaMu telah mengatakan perkataan yang kami tidak tahu bagaimana mencatat (pahala)nya." Allah SWT berfirman, "Apakah yang dikatakan hambaKu?" Kedua malaikat menjawab, "Sesungguhnya ia telah mengatakan Ya Rabbi lakal hamdu..." Maka Allah SWT berfirman, "Catatlah pahalanya sebagaimana yang diucapkan oleh hambaKu tadi, sampai ia berjumpa denganKu niscaya Aku (sendiri yang) akan membalasnya." (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah.)

Subhanallah! Sangat besar sekali manfa'at membaca al ma'thurat rupanya. InsyaAllah Ta'ala, kita akan dipelihara olehNya daripada gangguan syaitan, sihir, kesedihan serta kesusahan hidup, dan apa-apa saja yang mungkin boleh menjauhkan kita daripada mengingatiNya. 

Sama-samalah kita mengamalkan sebuah lagi sunnah Rasulullah SAW ini. Di bawah ini pula adalah bacaan al Ma'thurat sughra di Youtube (bagi yang ingin mendengar atau menghafal).

Just tekan link merah dibawah ini =)


Monday, August 19, 2013

kelebihan surah al-waqiah ayat 19.

Assalamualaikum. Saya nk share 1 surah yg InshaAllah boleh m'redahkan sakit kpala/migrain kita. (Atas izin Allah)


1) Baca surah Al-Waqiah ayat 19 dan kemudian hembuskan pada tangan.

2) Letakkan tangan atas kepala di tempat sakit.


La yusod da'una 'anha wala yunzifunn.

Maksudnya : "Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya."


UBAT ADALAH IKHTIAR, TETAPI ALLAH ADALAH PENYEMBUHNYA.

Sunday, August 18, 2013

Kenali makanan jin.



Tahukah kamu jin juga makan & minum?

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan Al-Quran kepada mereka. 'Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi s.a.w mengajak kami pergi & memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda  bersabda : 'setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu (jin)." (Riwayat Muslim No.450)


Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka.'' (Riwayat al-Bukhari No.3571)


Maka tahulah kita bahawa setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya semasa disembelih, sudah tentu ia menjadi makanan jin yang beriman. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan kita menyembelih tanpa bacaan Basmallah (dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak dibacakan Basmallah keatasnya akan menjadi makanan jin kafir.


Asap juga dikatakan antara salah satu makanan jin. Sebab itulah pembakaran colok dan kemenyan menjadi sinonim dengan aktiviti-aktiviti penyeruan makhluk halus yang membuatkan jin-jin tertarik dengan asap tersebut.

Apabila membincangkan tentang makanan jin, adanya soalan yang bertanya tentang "Bagaimana jin memakan tulang yang dilemparkan dalam tong sampah, tetapi tulang itu tidak hilang dan nampak tidak terusik pun?" Adanya para ulama' berpendapat bahawa para jin memakan makanannya dengan mencicip dan menghisap baunya.

Ini sahaja yang dapat dikongsi, semoga ia dapat menambah pengetahuan para pembaca sekalian.

Sumber : Semani Inab


Assalamualaikum & salam ukhwah ;)