jom follow :)
Friday, June 14, 2013
Adakah pertunangan TANPA SEDAR ini KUKUH?
FIRST POINT : BERTUNANG TANPA SEDAR
Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.
Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.
SUMBER ; http://www.facebook.com/note.php?note_id=144578185590288&id=107775115929439
Thursday, June 13, 2013
Mencari Mardhatillah-Nya
Yang ni pelakon khalifah Cinta.
Yg ni plak pelakon ntah dr mana :p hihi.. InshaAllah akan diistiqomahkan bila sudah brsdia utk memakai purdah. InshaAllah.
Thursday, April 11, 2013
Indahnya Jumaat
Assalamualaikum. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! trasa sgt indah hari ini. Aku rindu bertemu dgnmu Ya Rasulullah :'(
Sedih rasanya bila igt pngorbanan Nabi Muhammmad SAW. Allah! Allah! Allah! Rasanya ajal makin dekat menghampiriku. Aku alpa dan lalai dgn tanggungjawabku kepadaMu Ya Allah. Aku tidak mnjalankan amanah ini sebaiknya. Amalku masih byk yg kurang. Ingin aku mndekatkan diri dgn org2 yg soleh & solehah. Dgn org2 yg tggi ilmu agamanya. Tapi aku malu. Aku malu. :'( Hinanya diri ini. Sgt2 hina. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan beriman. Dalam keadaan penuh dgn bekalan di akhirat. Amin..Amin Ya Robbal Alamin.

Thursday, January 31, 2013
New place, new expirence.
yeah! Assalamualaikum awok2 :p smestinya dah brbulan2 tdk update blog. Byk bnda yg maw d share. Alhamdulillah i got the job! :D rezeki2. post i sbelum ni mmg post harapan la kan. Tp sbelum tu mmg ada juga la ujian kcik. I means, no hp company ni hilang :( then masa saya nak pegi cari keja (masa tu dlm bas) tiba2 ada nmber baru kol, tnya nama saya pastu dia ckp 'saya dr company bla bla bla, esok boleh datang interview ka?'' then masa tu Alhamdulillah happy jugak la. Esoknya g interview mcm2 la soalan dia tnya pastu dia ckp "InshaAllah kalo rezeki awk nnt kami kol jugak tu." dalam hati mngharap sgt tp not sure la. Then tak sampai sminggu dia dah kol suru start 15hb february tu. Yeah! syukur la kan :) so skg bz dgn kerja. Buat itu buat ini. mmg sibuk. Byk lg entry dlm kpala ni. So jom jumpa d next entry. ;)
Saturday, January 12, 2013
Interview
Assalamualaikum ukhti & akhi :) rasanya dah berbulan2 saya tidak update blog yg kkurangan kasih sayang ni. haha :D Saya minta maaf sgt2 sbb masa tidak mngizinkan, sibuk cari kerja, program bgai nak rak, internet pulak xda. okeh! setelah brhari-hari saya mncari kerja akhirnya dapat juga. tp not sure la dapat atau tak. Td baru habis interview. Alhamdulillah! dah trlepas neves ni. Untunglah sapa dapat jawatan tu nnt kan. Bos dia islam, staff dia suma islam. Gaji pun lumayan. Rasanya ini kali pertama saya interview keja yg mmerlukan pekrja yg bertudung, ttup aurat, bos islam, staff suma islam.Alhamdulillah! Saya igt lg pesan sorang kawan, dia kata "gaji rendah takpa, janji kerja tu halal. kalo dapat majikan islam lg bgus. Berkat." Allah! Mudah2an la dapat kan. saya suka kerja dkt sna sbb dia tidak perlu memakai uniform yg ketat2, pendek smpai nak nmpak (pantai) dah. Pakaian dia bebas, gaji not bad, office hour, bos islam, tmpat pun ok. Mmg ok la :) sebelum ni saya mmg tension juga la. sbb tak tau dah nak cari kerja d mna lg. Bkn tak ada, mmg ada. Tapi 1 je yg sy tak suka iaitu UNIFORM ! hah pantang saya la ni. kalo uniform sopan takpa. Ini ketat lepas tu pendek pulak tu. Langsung tak sopan. Tapi apa yg penting kalo dah dapat keja yg baik2, gaji besar jgnlah lupa Allah. solat tu penting. Parents, family pon sma. Biarpun kita dah berkahwin mreka pun ttap tanggungjwab kita jg. Dah namanya darah daging kan. Lg 1 jgn sombong. Gaji besar pon blum bleh mmbantu kita d akhirat nt. oke la, saya dah start mmbebel. Ekceli byk lg entry dlm kpala otak aku skg ni. Tapi masa tak mengizinkan. Dah nak masuk waktu maghrib dah. papai ^^ SALAM UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA.
Wednesday, October 31, 2012
Pelajar Malaysia di Amerika waspada hadapi Ribut Sandy.
30 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Perasaan waspada menyelubungi penuntut Malaysia yang berada dalam kawasan 'Hurricane Sandy' di Amerika Syarikat terutama mereka yang pertama kali melalui pengalaman itu.
Penuntut tahun tiga di Stevens Institute of Technology, New Jersey, Fauzan Afandi berkata seramai 50 orang penuntut Malaysia di pusat pengajian itu terpaksa bergelap ekoran gangguan elektrik akibat ribut Sandy.
"Kami agak cemas ketika bekalan elektik putus kerana dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, sekiranya bekalan elektrik putus, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk kembali pulih," katanya dalam emel kepada Bernama.
Fauzan, yang berada di sana semasa Hurricane Irene melanda tahun lepas, berkata beliau telah membuat persiapan mencukupi menghadapi suasana kali ini seperti menyediakan lampu suluh, bateri serta mengecas bateri telefon sepenuhnya.
"Kami sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menjimatkan sumber yang ada, terutamanya bateri telefon," katanya.
"Kami hanya menggunakan internet melalui pelan data telefon bimbit kami," kata penuntut jurusan kejuruteraan mekanikal itu yang berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Perlis.
Menurut Fauzan, penuntut senior sentiasa berhubung dengan penutut lain terutama penuntut baru dan penuntut perempuan untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan selesa.
"Mujur masing masing mempunyai bekalan makanan dan keperluan asas yang mencukupi.
"Ada pelajar yang ketakutan sampai sukar untuk tidur. Kami berusaha mententeramkan perasaan masing-masing kerana angin sudah mulai reda walaupun paras air masih membimbangkan.
"Oleh kerana ini pertama kali bagi sesetengah pelajar ditimpa musibah ketika berjauhan daripada keluarga, keadaan agak sukar bagi mereka.
"Dengan musibah yang kami alami kali ini dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama kami.
"Pihak MSD (Malaysian Students Department)sentiasa berhubung dengan wakil pelajar di sini dari semasa dan semasa, walaupun mereka di sana pun dalam keadaan menghadapi bencana," katanya.
Menurut Fauzan, perintah berkurung juga telah dikuatkuasa dan tidak pasti sehingga bila.
"Menurut emel dan SMS yang dihantar oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak universiti, tempoh berkurung berkuatkuasa sejak jam 6 petang tadi, dan kami perlu menunggu arahan seterusnya berikutan cuaca yang tidak menentu sekarang.
"Kami diarahkan untuk tinggal di dalam rumah dan menjimatkan sumber sedia ada...lampu suluh dan telefon bimbit adalah penting dan kami sentiasa diingatkan untuk sentiasa berada dalam kumpulan," katanya. - Bernama

Saya Nak Kahwin, Tetapi Tiada Calon, Apa Nak Buat Ya?
Mungkin anda pernah mendengar keluhan seperti tajuk artikel ini dari kawan-kawan anda atau mungkin anda sendiri pernah meluahkannya? Dalam artikel kali ini kita ingin membincangkan sendikit tentang hal ini.
Terdapat beberapa perkara yang boleh kita rungkaikan dari kenyataan tersebut. Biasanya orang meluahkan kenyataan tersebut setelah ditanya “Bila mahu kahwin?”. Ramai yang memberikan jawapan seperti di atas sebagai jawapan pantas supaya tidak panjang cerita. Hakikatnya dirinya sendiri yang belum bersedia menerima kehadiran seorang calon pasangan hidupnya.
Jika begitulah keadaannya maka tiada sesiapa dapat membantu. Diri sendiri perlu diperbetulkan dan dianalisis kembali. Tanya kepada diri apakah perkara yang belum dilengkapi untuk bersedia menerima seseorang sebagai pasangan hidup. Lengkapkan ia dengan segera dan carilah calon. Adakala perkara itu bukan perkara besar, ia hanyalah disebabkan hati yang terlalu mengidamkan kesempurnaan. Berlembutlah, berbicaralah dengan hati supaya lebih terbuka dalam memilih calon.
Tidak Pernah Couple
Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tiada calon pasangan ialah kerana beliau tidak pernah couple. Ini adalah hal yang baik, Islam tidak menuntut umatkan supaya berdua-duakan dengan pasangan yang bukan mahram. Namun sehingga satu saat kita perlu berubah. Berubah untuk mula mencari pasangan hidup. Bukan mencari kekasih semata-mata. Carilah dengan cara yang diajar dalam Islam. Intai dan jengok-jengoklah seseorang yang bagus agamanya, baik akhlaknya dan terasa selesa seandainya bersama. Sapa dirinya dengan baik atau minta pihak ketiga membantu. Setelah senang dengan caranya, nyatakan hasrat hati. Andai terikat, Alhamdulillah. Jika terlerai, syukur juga kepada Allah kerana mungkin terdapat insan yang lebih baik untuk kita.
Putus Cinta
Ramai orang yang mengalami masalah ketiadaan calon adalah kerana putus cinta dengan kekasih lama. Sesetengah orang bukan putus cinta sekali, tetapi berkali-kali. Dalam keadaan ini seseorang itu mungkin akan hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan tidak mahu dikecewakan kali kedua. Beliau tidak berani menaruh harapan lagi.
Adakala kita melahirkan rasa kecewa untuk menzahirkan rasa itu kepada si dia. Sebenarnya tiada sesiapa yang rugi dengan sikap kita itu melainkan kita sendiri. Atas dasar apa kita tidak mampu melupakan kekasih lama? Jawapannya kerana kita mencintainya kerana dirinya semata-mata tetapi bukan kerana Allah. Seharusnya cinta yang dipupuk ditautkan kepada Allah, barulah kita sentiasa bahagia samada bersama atau berpisah.
Bersihkan hati, perbetulkan niat dan teruslah mencari calon dengan niat untuk hidup bersama, bercinta dan berbahagia kerana Allah.
Sejarah Silam
Dalam sesetengah keadaan, seseorang individu itu mungkin pernah bercinta, pernah bertunang, pernah berkahwin dan mungkin juga pernah berkahwin berkali-kali tetapi hampir semuanya menghampakan. Kini dirinya sendirian kembali sehingga kadang-kadang terdetik di hatinya “Lelaki/perempuan semuanya sama! Tidak boleh dipercayai, tidak berguna & tidak boleh diharap!”.
Hakikatnya bukan begitu. Tetapi sayangnya kita sendiri yang mencari orang yang berpewatakkan sama. Seharusnya kegagalan kali pertama membuatkan kita lebih pandai untuk menilai dan memilih yang lebih baik. Tetapi kerana kita menyukai ciri-ciri wanita atau lelaki idaman yang sama sepertimana pasangan kita yang lama, maka kita memilih orang yang salah berkali-kali. Sabda Rasulullah, “Pilihlah yang beragama & kamu akan berbahagia!”.
Kekurangan Diri
Tiada calon bagi sesetengah orang bukan kerana beliau tidak menyukai sesiapa, tetapi tidak berani menyatakan hasrat hati kepada orang yang disukai kerana kekurangan diri. Boleh jadi kekurangan itu kerana pendapatan, mungkin juga kerana sedikit kecacatan, sejarah silam yang hina, rupa yang kurang menawan dan seumpamanya.
Ya, tidak semua orang bernasib baik dan miliki semua sifat yang disukai orang lain. Namun itu tidak bermakna orang-orang ini tidak layak mengecapi bahagia sebagaimana orang lain. Kebahagiaan itu perlu dicari dan diusahakan. Bukan hanya dengan berharap. Usah berputus asa, teruskan usaha mencari insan yang sesuai. Allah akan sentiasa membantu.
Selepas ini usah berkata “Tiada calon!” tetapi katalah “Sedang mencari calon!”. Jika berkata tiada calon, maka orang agak sukar menghampiri kita kerana kenyataan itu menggambarkan seolah-olah kita terlalu memilih. Sebaliknya kenyataan sedang mencari calon itu membuka ruang kepada orang ramai untuk lebih mendekati kita. Jika tidak menemui orang yang menawarkan diri, InsyaAllah akan berjumpa dengan orang yang sudi membantu.
Subscribe to:
Posts (Atom)