jom follow :)

Sunday, August 18, 2013

Kenali makanan jin.



Tahukah kamu jin juga makan & minum?

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan Al-Quran kepada mereka. 'Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi s.a.w mengajak kami pergi & memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda  bersabda : 'setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu (jin)." (Riwayat Muslim No.450)


Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka.'' (Riwayat al-Bukhari No.3571)


Maka tahulah kita bahawa setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya semasa disembelih, sudah tentu ia menjadi makanan jin yang beriman. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan kita menyembelih tanpa bacaan Basmallah (dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak dibacakan Basmallah keatasnya akan menjadi makanan jin kafir.


Asap juga dikatakan antara salah satu makanan jin. Sebab itulah pembakaran colok dan kemenyan menjadi sinonim dengan aktiviti-aktiviti penyeruan makhluk halus yang membuatkan jin-jin tertarik dengan asap tersebut.

Apabila membincangkan tentang makanan jin, adanya soalan yang bertanya tentang "Bagaimana jin memakan tulang yang dilemparkan dalam tong sampah, tetapi tulang itu tidak hilang dan nampak tidak terusik pun?" Adanya para ulama' berpendapat bahawa para jin memakan makanannya dengan mencicip dan menghisap baunya.

Ini sahaja yang dapat dikongsi, semoga ia dapat menambah pengetahuan para pembaca sekalian.

Sumber : Semani Inab


Assalamualaikum & salam ukhwah ;)


No comments:

Post a Comment