jom follow :)

Tuesday, October 18, 2011

Amalan-amalan penghapus dosa .

Assalamualaikum w.b.t :)

hari ini entri saya tentang amalan-amalan penghapus dosa , di mana pelbagai amalan boleh kita lakukan untuk menghapus dosa-dosa lama kita .

1. TAUBAT
  Taubat yang berasal dari perkataan Arab, iaitu taubah, bererti kembali atau berbalik.
Pengertian taubat ialah berbalik dari perbuatan buruk dan maksiat terhadap Allah, kepada jalan yang benar dan taat pada perintah-perintah-Nya.

  Perkataan ta'ib bererti orang yang bertaubat. Juga bererti yang memberi taubat dan pengampunan, iaitu Allah s.w.t. Oleh kerana Allah s.w.t seringkali dan banyak memberi taubat, maka ia dinamakan juga At-Tawwaab, yang bermaksud: Ia yang membuka jalan bagi hamba-hamba-Nya untuk bertaubat, yang sekali-mali disuruh-Nya untuk berjaga-jaga, berhati-hati dan pada lain kali diberi-Nya kelonggaran waktu kepada mereka itu untuk dapat mereka ingat dan sedar serta bertaubat.

  Ada beberapa ulama yang membeza-bezakan antara taubat, inabah dan aubah. Seseorang belbalik dari perbuatan pelanggaran, kerana takut akan seksaan Allah dinamakan Ta'ib, iaitu orang yang bertaubat. Dan kalau berbaliknya itu kerana ia mengagumi keangungan Allah, maka ia dinamakan: Awwaab.

 Imam Qusyairi bekata: "Taubat itu merupakan langkah mula, aubat merupakan langkah akhir,sedangkan inabat itu adalah di antara keduanya. Yang bertaubat kerana takut dihukum dinamakan Ta'ib. Yang bertaubat kerana mengharapkan pahal dinamakan Munib dan yang bertaubat kerana hendak memelihara hubungan baik bukan kerana takut dan bukan kerana mengharap pahala dinamakan Awwaab.

  Taubat dapat diertikan juga penyesalan atas perbuatan yang lampau dan memperbaiki amal perbuatan setelah itu. Dapat juga diertikan mengganti perbuatan atau sifat yang tidak baik dengan amal soleh serta perangai yang terpuji.

 TAUBAT HUKUMNYA WAJIB
    Allah s.w.t telah memerintahkan dalam beberapa ayat yang akan kami kutip beberapa di antaranya sebagai tertera di bawah ini:

  firman Allah s.w.t :
    "Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kejayaan." (An-nur:31)

  firman Allah s.w.t:
    "Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu serta berserah dirilah kepada-Nya, sebelum tiba azab kepadamu yang waktu itu kamu tidak akan dapat ditolong." (Az-zumar:54)

Dalam surah Hud ayat 61, melalui lisan Nabi Saleh yang bermaksud:

   "Hai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dia-lah yang menciptakan kamu dari bumi dan memakmurkan kami di dalamnya, maka mintalah ampun kepada-Nya kemudian bertaubatlah kamu kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku itu dekat dan pengabul permohonan." (Hud:61)

Firman Allah s.w.t :

     "Dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu sungguh keterlaluan." (Al-hujurat:11)

  Allah s.w.t menerima taubat hamba-Nya, mengampuni dosa-dosa mereka dan menggantikannya dengan kebajikan.
   Firman Allah s.w.t:

     "Dan Dia-lah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan mengampuni dosa-dosa mereka serta mengetahui apa yang kamu lakukan."(Asy-syura:25)

   Allah s.w.t berfirman:

   "Tiadakah mereka mengetahui, bahawa Allah itu mertima taubat dari hamba-hamba-Nya dan mengambil sedekah-sedekah dan bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih."(At-taubah:104)

Allah s.w.t berfirman:
  "Bagi mereka yang telha bertaubat dan melakukan perbuatan-perbuatan baik serta menerangkan tentang kebenaran akan Ku-berikan pengampunan, kerana Aku-lah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."(Al-baqarah:160)

Allah juga telah menjanjikan pengampunan bagi mereka yang bertaubat dengan firman-Nya:
   "Dan sesungguhnya aku adalah Maha Pengampun bagi mereka yang telah bertaubat dan beriman serta berbuat kebajkan, kemudian mendapatkan hidayah (petunjuk Tuhan)." (Toha:82)

Allah s.w.t berfirman:
   "Maka barang siapa bertaubat sesudah ia zalim, kemudian berbuat kebaikan , maka Allah akan menerima taubatnya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih."(Al-maidah:39)

Allah s.w.t berfirman:
   "Pengampunan dosa dan penerima taubat, penghukum yang tegas dan keras , pemberi yang berkuasa, tiada Tuhan selain Dia kepada-Nya tujuan terkahir."(Al-ghafir:3)


Ayat-ayat tentang taubat dan anjuran untuk bertaubat banyak sekali. Demikian pual hadis-hadis Nabi!
     Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
      "Tiap seseorang anak Adam, sering berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adaqlah orang-orang yang bertaubat."
     "Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah selain pemuda yang bertaubat."
    "Seseorang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan yang bertaubat dari dosa, samalah seperti orang yang tidak pernah berdosa."  (Ibnu Majah)

Hal-hal yang terjadi sebelum seseorang bertubat ialah;
i. sedar akan keburukan dosanya.
ii. sedar betapa berat hukuman Allah dan murka-Nya yang pasti tidak akan sanggup dipikulnya.
iii. sedar betapa lemah dirinya dan tidak akan mampu untuk mengelak dari hukuman.
penyesalan yang teramat besar memenuhi hatinya maka bertaubatlah ia.


SYARAT-SYARAT TAUBAT.
    
    Setiap taubat yang tulus tentu diterima Allah, Taubat itu bukan cuma menyebut: Astaghfirullah dan aku bertaubat kepada-Nya. ''Tidak, bukan hanya itu.
    Kaa-kata itu saja tidak dapat dinamakan taubat. Taubat itu berkesan kalau disertai beberapa perbuatan dan sikap seperti yang dikatakan oleh Imam Ah Juneid, Imam Kortubi dan Imam Nawawi serta beberapa ulama lainnya, yang seluruhnya dapat disimpulkan sebagai berikut:

i.   Penyesalan yang sungguh-sungguh atas perbuatan jahat yang telah dilakukan.
ii.  Meninggalkan sepenuhnya perbuatan itu.
iii. Niat yang kukuh dengan hati yang tetap untuk tidak akan pernah mengerjakan perbuatan itu lagi.
iv. Jika dosa itu terhadap Allah seberapa dapat gantilah dengan amal soleh atau qadha, iaitu amal pengganti 
     seperti misalnya solat, zakat dan sebagainya.
v.  Jika dosa itu terhadap manusia, maka segala kerugian dan bencana yang terjadi kerana dosa itu harus  
   diganti dengan bentuk ganti-rugi yang layak sehingga yang dirugikan menjadi ikhlas dan mahu memaafkan.
     Misalnya ada harta orang yang termakan dengan jalan haram, maka harta itu harus dikembalikan menurut
     harganya yang sepadan. Jika dosa itu berupa umpatan atau fitnahan atau sebagainya, maka yang harus
     diperbaiki adalah segala akibat yang timbul daripada perbuatan itu tadi, sehingga timbul rasa untuk
    memafkan dari si korban.


rasanya sampai d sini sahaja entri untuk kali ini .

~SALAM UKHUWAH~ 

No comments:

Post a Comment