jom follow :)

Wednesday, October 19, 2011

Jihad Menurut Al-Quran

PENGERTIAN perjuangan dalam islam ialah menyeru dan mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan . Kecuali at-Taubah semua surah bermula dengan Basmallah yang menjulang dua asma (nama atau sifat) Allah iaitu Ar-rahman dan Ar-rahim (bermakna sangat pemurah lagi maha mengasihani).

AL-QURAN menampung mesej betapa Allah s.w.t amat mengasihani seluruh makhluknya.
Tetapi manusia adalah ciptaan khas Allah s.w.t kerana ia saja yang sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah ( pentadbir dan pengamanah di muka bumi).

Antara maksud islam ialah penyerahan dengan seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t. Salah satu sifat Allah s.w.t ialah As-salam yang bermakna damai dan selamat. Jadi sebagai hamba Allah, orang islam menampilkan suasana damai dan selamat untuk seluruh kemanusiaan.

Allah memerintah muslim mengerjakan amar maaruf nahi mungkar ( mengamalkan serta menyuruh segala kebaikan dan menjauhi serta mencegah kekejian). Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka silam menampilkan konsep 'jihad'.


Jihad berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).


Dalam Al-Quran, pengertian jihad amat luas, dari usaha luaran sehingga batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa yang mengarah kepada damai dan selamat.

Jadi, bagaimanakah Jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di dalam Al-Quran tidak pernah disebut  melalui agresi atau pencerobohan atau pengganasan sebagai strategi umat islam.


ISTILAH :
Jihad ; usaha gigih yang meluas.

Jihad + qital fi sabilillah ; perang bela diri demi Allah.

Harb ; perang kaum demi imej peribadi maruah dan kaum.

No comments:

Post a Comment